Khabar Duka, Pelakon Drama Nur, Kamsani Ismail Meninggal Dunia. Al Fatihah
Post by Admin , January 5 , 2023
MELAKA - Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman pada malam Rabu.
Kamsani, 60, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada jam 11.30 malam.
Anaknya, Muhd Amin, 25, berkata, bapanya sempat mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Kesihatan ayah saya memang merosot kebelakangan ini dan selepas dihantar ke Hospital Melaka, beliau terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 2.30 petang semalam.
“Bagaimanapun selepas menerima rawatan di hospital, pihak hospital kemudian mengesahkan bahawa ayah telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ujar Muhd Amin, bapanya merupakan menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu.
Katanya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas zuhur.
Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama termasuk "Nur", "Nenek Kebayan" dan "Shhh I Love You".
Kamsani yang berasal dari Klebang meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur di antara 18 dan 36 tahun.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas zohor.
Selain membintangi drama bersiri popular Nur, Allahyarham turut membintangi beberapa drama lain termasuk Nenek Kebayan.
Salam Takziah, Al Fatihah