Innalilahi Khabar Pilu, Pelakon Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia. Al Fatihah

Innalilahi Khabar Pilu, Pelakon Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia. Al Fatihah 

Post By Admin, January 26, 2023

KUALA LUMPUR 9 Jun - Pelakon veteran Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser pada kira-kira pukul 6 petang ini.


Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.


“Allahyarham menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang tadi saya dimaklumkan beliau sudahpun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Online di sini hari ini.


Hilang satu lagi permata dalam dunia seni.. mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman..Aminn.. takziah juga buat family Allahyarham.. semoga tabah menerima ujian ini.. 


Pemilik nama Fatimah Omar ini meninggal dunia pada Ahad akibat ulser usus. Latifah disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.


Anak sulungnya, Affendi Rahmat menyifatkan ibunya seorang yang tabah meskipun dalam keadaan uzur.

Rakan seperjuangan, pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Antara rakan artis yang turut menziarahi ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Maria Menado, Dayang Sulu, Melissa Saila dan Datuk Sarimah Ahmad.

Latifah meninggalkan empat anak termasuk seorang anak angkat hasil daripada tiga perkahwinan bersama sembilan orang cucu.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Allahyarhamah dimasukkan ke HUKM seminggu lalu akibat kanser usus.

Seniwati terkenal era Cathay Keris itu sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad.

Antara filem yang dibintanginya termasuk Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang.