Innalilahi Khabar Duka, Bapa `Ustaz Ebit Lew` Meninggal Dunia. Al Fatihah

Innalilahi Khabar Duka, Bapa `Ustaz Ebit Lew` Meninggal Dunia. Al Fatihah 


Post By Admin

KUALA LUMPUR: Bapa pendakwah terkenal, Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia di Hospital Gleneagles, di sini, petang tadi.


Ebit menerusi Facebook hari ini berkata, beliau akan membawa jenazah bapanya untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang sebelum dibawa pulang ke Muadzam Shah, Pahang.


Pada masa sama, Ebit memohon umat Islam untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham.


"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. Saya sayang bapa. Bapa pergi dulu, nanti Ebit sampai ya.


"Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapa dengan ibu dekat sana.


"Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah bapaku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku," katanya.


Minggu lalu, Ebit dilaporkan memaklumkan Allahyarham menghidap kanser perut tahap akhir.


Ketika itu, Allahyarham sempat memesan kepada Ebit supaya meneruskan kerja dan misi membantu orang yang memerlukan.


Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit berkata, jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.


Ebit berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.


“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia, ya Allah beratnya rasa ujian ini, i love you bapak.


“Bapak pergi dulu, nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak, sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.


“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana, letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik, terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya pada hantaran di Facebook sebentar tadi.


Pada masa sama, Ebit meminta orang ramai berdoa kepada jenazah bapanya dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah.-MStar Semasa


Al Fatihah