Innalilahi, Pejalan Kaki Maut Kemalangan Dilanggar Lori Tangki Dekat Karak Hari Ini. Al Fatihah
SEORANG pejalan kaki maut dilanggar sebuah lori tangki di Kilometer 69.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat Bentong, Hari ini
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar bekata, mangsa yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri dianggarkan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Beliau berkata, kemalangan berlaku sewaktu pemandu lori tangki berusia 58 tahun dalam perjalanan dari Raub, Pahang ke Bahau, Negeri Sembilan.
“Seorang lelaki dipercayai warganergara tempatan tiba-tiba berjalan ke tengah jalan lalu dilanggar lori tangki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, Zaiham meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Gibil Rasiah di talian 013- 8626806.
#UtusanTV
